Bata Malaysia kini telah memperkenalkan sebuah ciri baru, dinamakan sebagai ChatShop. Melaluinya, Bata menghubungkan pengguna bersama kedai-kedai Bata seluruh dunia melalui WhatsApp.
Ini sekaligus memudahkan pengguna untuk melakukan pembelian terus menggunakan WhatsApp – dan menerima produk yang dibeli terus di rumah.
Langkah pengenalan melalui aplikasi sembang ini sekaligus memudahkan lagi pengguna masa kini yang ingin interaksi lebih pantas, berbanding melalui proses sama di laman edagang.
Bagi anda yang berminat, boleh menguji penawaran Bata ChatShop ini melalui pautan khas yang disediakan mereka : ChatShop.