Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) kini mengesa penglibatan pelaburan secara bersama daripada kumpulan 20 negara (G20) bagi membantu menangani COVID-19.
Permintaan itu bagi mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh dengan penggunaan kos yang lebih rendah.
Kenyataan itu telah dimaklumkan oleh Pengarah Urusan IMF, Kristalina Georgieva ketika Forum Paris dilaksanakan secara maya. Menurutnya kumpulan negara yang terlibat harus memanfaatkan kapasiti pelaburan dikala kadar fiskal dan faedah berada pada tahap rendah.
Ini masa yang baik untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan ketidaksamaan ekonomi.
Menurut laporan Reuters, sekiranya negara-negara G20 ini dapat melakukan tindakan secara bersama – ini akan mencapai sekitar satu pertiga sasaran matlamat pertumbuhan ekonomi.
Negara-negara G20 yang terlibat adalah Argentina, Australia, Brazil, Kanada, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Itali, Jepun, Korea Selatan, Mexio, Rusia, Arab Saudi, Afrika Selatan, Turki, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.