Artikel

Bebanan Tanggungjawab Wanita M40 Lebih Tinggi Berbanding Lelaki M40 – Khazanah Research

Bebanan tanggungjawab wanita di Malaysia dilihat lebih tinggi berbanding lelaki untuk semua kelas pendapatan.

Bagaimanapun, berdasarkan Khazanah Research Institute (KRI) wanita kelas M40 sekadar menghabiskan 7% masa untuk tumpuan pekerjaan bergaji berbanding 144% masa untuk bebanan tanggungjawab tanpa gaji berbanding lelaki M40.

Data ini secara tidak langsung membawa jawapan kepada mengapa wanita kurang mengambil bahagian dalam guna tenaga negara. Bebanan tanggungjawab itu secara tidak langsung membawa kepada kesan sampingan untuk fizikal dan emosi wanita terhadap skop kerja mereka.