Artikel

Hutang Negara Mampu Mencecah RM1.3 Trilion, Sekiranya Belanjawan 2021 Diteruskan – Tun Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan sekiranya Belanjawan 2021 diteruskan, tindakan itu akan membawa kepada peningkatan hutang negara sehingga RM1.3 trilion.

Pada sidang Dewan Rakyat sebentar tadi, Tun Mahathir menyatakan kekagumannya terhadap kerajaan dalam menganggarkan peruntukan yang terlalu tinggi iaitu RM322.5 bilion.

Berdasarkan pemerhatiannya, seharusnya diakhir pembentangan – Menteri Kewangan seharusnya menyatakan pengenaan cukai yang mampu membiayai peruntukan tersebut. Namun tiada sebarang penerangan dilakukan dari mana peruntukan itu akan diperolehi.

Seharusnya, fokus terhadap sosio-ekonomi dan rakyat negara diberi keutamaan. Ini kerana, pertumbuhan negara telah merosot dengan termasuk.

Itu bermakna pendapatan kerajaan turut terkesan.

Untuk makluman ketika ini, hutang negara berjumlah RM1.021 trilion.