Tempoh cuti bersalin dan cuti paterniti kini sedang disemak dan bakal ditingkatkan masanya.
Menurut Kementerian Sumber Manusia pada sidang Dewan Rakyat hari ini, pihaknya sedang menjalankan semakan berhubung pindaan Akta Kerja 1955.
Perbincangan semasa kini sedang dilakukan bersama Jabatan Peguam Negara bagi mencapai kata sepakat bersama.
Selain cuti bersalin dan cuti paterniti – peruntukan baharu untuk larangan diskriminasi turut sedang diteliti dan diperincikan bagi membantu pekerja negara.
Sebuah jawatankuasa di bawah Majlis Buruh Kebangsaan telah dibentuk bagi mengetengahkan isu tersebut.
Untuk makluman pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955 ialah semua pekerja yang menerima gaji tidak melebihi RM2,000 sebulan dan juga semua pekerja manual tanpa had gaji. Jika anda seorang pekerja asing yang sah penggajiannya di negara ini, anda juga dilindungi oleh Akta Kerja 1955.