Tahun 2020 – menjadi pemacu kepada peningkatan permintaan peluang pekerjaan dalam kemahiran digital.
Bidang pekerjaan bahagian teknologi dan pemasaran digital antara yang memiliki permintaan tinggi dari rakyat Malaysia.
Susulan pandemik COVID-19 mula menyerang ekonomi negara, peluang pekerjaan di sektor itu antara yang menjadi pilihan rakyat negara. Ini kerana ia permintaan pekerjaan tersebut dapat dilakukan secara maya tanpa memerlukan sebarang pertemuan fizikal.
Berdasarkan tinjauan Kelly Services permintaan itu dilihat selari dengan penerapan konsep bekerja dari rumah (WFH).
Perkara itu dapat memudahkan rutin kerja masyarakat dikala memerlukan penjarakan fizikal dan perlu mengekalkan operasi syarikat dapat diteruskan.
Perubahan permintaan ini secara tidak langsung dapat mempercepatkan penglibatan Malaysia menuju Revolusi Industri 4.0.
Sektor teknologi, khususnya pada pembangunan perisian, kecerdasan buatan dijangka akan meningkatkan peluang pekerjaan kemahiran kepada pertumbuhan guna tenaga negara.