Sarawak Energy dan Petronas kini telah temeterai perjanjian berhubung penerokaan pengeluaran dan bekalan hidrogen bagi pasaran Asia.
Untuk makluman kerjasama menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) ini adalah suatu langkah untuk Sarawak turut menyumbang dan menceburi eskport tenaga hidrogen.
Usaha ini secara tidak langsung dapat memenuhi permintaan pasaran antaranya dari Korea dan Jepun. Tindakan ini akan meningkatkan potensi rantaian hidrogen pada peringkat Asia dan Malaysia.
Kerjasama ini secara tidak langsung dapat menghasilkan manfaat yang baik kepada penyelidikan negara, sekaligus mampu memberi impak positif kepada hamparan sektor tenaga global.