Sekitar 556,000 penganggur pada suku ketiga adalah dibawah kategori golongan muda yang berumur 35 tahun ke bawah.
Berdasarkan laporan Survei Tenaga Buruh Suku Tahun Ketiga 2020 Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), sebanyak 4.7% iaitu 745,000 penganggur telah di catatkan. Angka itu dilihat menurun berbanding suku kedua – yang mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 791, 800 individu.
Bagaimanapun, ternyata pada suku ketiga – golongan muda yang berumur 15 tahun hingga 34 tahun memonopoli kadar pengangguran tersebut dengan tampil sebagai kelompok tertinggi.
Malah, menerusi tinjauan juga kadar pengangguran aktif suku ketiga telah meningkat dari 61.3% kepada 79.5% iaitu sebanyak 592,200 individu.
Namun begitu, itu hanyalah purata untuk suku ketiga – bagi kadar pengangguran bulanan, Malaysia telah memaparkan penurunan pada September dengan 4.6% kadar pengangguran. Iaitu setakat ini sebanyak 737,500 individu.
Ini bermakna kadar pengangguran dalam kalangan golongan muda turut menurun.