Artikel

Salah Guna Media Sosial, Individu Boleh Dikenakan Denda Maksimum Sehingga RM50,000 – MCMC

Kini terdapat 48 kes sedang didakwa dibawah penyalahgunaan media sosial.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini memaklumkan 34 pertuduhan dari 48 kes itu adalah dibawah kesalahan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) – Penggunaan tidak wajar perkhidmatan rangkaian.

Berdasarkan kesalahan tersebut, individu boleh dikenakan hukuman denda maksimum sehingga RM50,000 atau penjara tidak melebihi tempoh setahun atau kedua-duanya sekali.

Malah denda lanjutan sejumlah RM1,000 bagi setiap hari kesalahan turut boleh dikenakan.

Antara penyalahgunaan media sosial di bawah Seksyen 233 ini adalah 22 pertuduhan perkongsian kandungan lucah, kandungan jelik 9 pertuduhan dan 3 pertuduhan kandungan maklumat palsu.