Artikel

Tesco Melihat Kepada Era Edagang Baru Dengan Penghantaran Ultra Pantas Melalui Kerjasama FoodPanda

Tesco hari ini mengumumkan kerjasama dengan FoodPanda, sekaligus mengumumkan kini para pengguna boleh mula membuat pesanan barangan runcit dan produk makanan segar melalui aplikasi FoodPanda, dan menerimanya dalam masa 40 minit.

Buat masa ini, kerjasamma ini tertumpu di Lembah Klang terlebih dahulu, dan bakal diperluaskan ke lokasi lain secara berperingkat.

Untuk makluman, Tesco sedia mempunyai penawaran atas-talian mereka tersendiri, iaitu Tesco Online. Tetapi, dengan kerjasama FoodPanda ini, mereka melihat kepada era edagang pantas (atau q-commerce). Ia diperkatakan sebagai era edagang generasi baru, memfokuskan kepada penghantaran yang pantas kepada pengguna selepas membelinya.

FoodPanda Tesco

Ini selari dengan gaya hidup masa kini yang memerlukan sesuatu diterima dengan pantas, dan kelajuan telah menjadi salah satu aspek utama ketika pembelian dilakukan.

Dengan kerjasama FoodPanda, ia membolehkan pengguna membuat pesanan barangan runcit dan produk makanan segar – serta merta, dan tidak perlu menjadualkan sebarang masa penghantaran, sebaliknya menerimanya dalam masa kurang sejam.

Pada masayang sama, ia turut dikongsikan yang mana peratusan pengguna digital di Malaysia kini mencapai paras83%, dengan 48% membeli secara atas-talian pada 2019.