Bagi menghalang tindakan amalan monopoli pada industri internet, China kini telah menetapkan peraturan secara terperinci pada agenda itu.
Peraturan ini merangkumi menyekat penguasaan syarikat teknologi. Langkah itu adalah untuk mengekang persaingan antara syarikat teknologi berhubung perolehan data pengguna. Ia dilihat bersifat sensitif.
Tindakan penetapan peraturan ini secara tidak langsung akan mengurangkan penguasaan syarikat seperti Alibaba Group Holding dan Tencent Holding pada pasaran mereka.
Seperti umum ketahui, pada ketika ini Alibaba dan Tencent telah menguasai pasaran e-dagang dan menerbitkan permainan video.
Susulan pelaksanaan tersebut, Alibaba dan Tencent telah mengalami penurunan jualan 4% pada pasaran Hong Kong. Manakala JD.com pula merosot sebanyak 8.9%, dan Meituan pula merundum lebih dari 12% – sejak data November 2018.
Peraturan ini juga turut menghadkan sasaran pelanggan industri menerusi tingkahlaku mereka berdasarkan penggunaan media sosial.
Usaha Beijing untuk mengurangkan pengaruh yang dimiliki oleh segelintir syarikat teknologi ini dilihat mampu memberi kesan kepada pertumbuhannya, penguasaan manfaat ekonomi China tidak boleh difokuskan oleh satu pihak sahaja.