Artikel

Peruntukan RM81.5 Juta JASA , Harus Ditolak – Tiada Kepentingan Untuk Rakyat, Ekonomi Malaysia

Seperti yang umum ketahui, Belanjawan 2021 telah memperuntukan sejumlah RM81.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Untuk makluman, unit Jasa ini berperanan dalam mengekang penularan berita mahupun kenyataan palsu berhubung situasi semasa. Unit ini sebelum ini telah dihapuskan ketika pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Namun, ia dikembalikan semula pada tahun hadapan.

Bagaimanapun, peruntukan RM81.5 juta ini telah mendapat kritikan yang tinggi dari semua pihak – di mana, ia seolah-olah tiada manfaat atau keperluan untuk rakyat negara dikala krisis pandemik ketika ini.

Antara yang menolak peruntukan ini adalah Lim Guan Eng dan Dato’ Sri Najib Razak, pada persidangan Dewan Rakyat sebentar tadi.

Peruntukan itu dilihat tidak menjamin sebarang pemulihan ekonomi negara pada tahun hadapan.