Artikel

Peniaga Sabah Perlukan Bantuan Sekarang, Bukan 2021 – DS Najib Razak

Sabah memerlukan bantuan ketika ini, bukan pada tahun hadapan 2021.

Menurut Dato’ Sri Najib Razak pada sidang perbahasan Dewan Rakyat hari ini, cadangan kerajaan mengumumkan Geran Khas Prihatin Tambahan RM1,000 kepada peniaga dan penjaja Sabah adalah suatu tindakan yang baik.

Namun – insentif tersebut seharusnya dilakukan pada ketika ini, bukan pada tahun 2021.

Ini kerana, Sabah adalah negeri yang paling lama melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan memiliki paling tinggi kadar kemiskinan dalam negara.

Kenyataan itu secara tidak langsung, telah memberi kesan yang teruk kepada ekonomi setempat di Sabah. Khususnya sektor pelancongan.

Seharusnya geran khas tersebut dipercepatkan dan disegerakan untuk kebaikan kitaran wang pertumbuhan negara.

Secara tidak langsung turut menjamin kelangsungan operasi perniagaan Sabah dan perolehan pendapatan individu.