Artikel

McPlant – Tumpuan Terbaharu McDonald’s Pada Pasaran Makanan Segera

Melihat pada pasaran pengeluaran daging berasaskan tumbuhan, McDonald’s dilihat antara jenama yang ketinggalan. Menyedari kenyataan itu, kini pihaknya mulai melancarkan daging burger – McPlant.

Usaha itu dilaksanakan menyedari faktor kesihatan dan langkah meningkatkan permintaan dalam kalangan kumpulan vegetarian.

Untuk makluman, McDonald’s ketika ini telahpun menjalankan ujian pengeluaran di Kanada bersama Beyond Meat – merupakan syarikat pengkhususan dalam penghasilan daging berasaskan tumbuhan.

Berdasarkan laporan AFP, pengeluaran eksklusif telah dilakukan untuk McDonald’s dan bakal dibawa ke pasaran pada tahun hadapan, 2021.

Menurut Ian Borden, Ketua Operasi Antarabangsa McDonald’s – pihaknya gembira akan peluang tersebut, dan percaya hasil pengeluaran akan memenuhi citarasa pelanggan mereka.