Artikel

Pengeluaran Akaun 1 KWSP Kini Sedang Diteliti – Syarat Akan Dimaklumkan Kelak

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini sedang menambahbaik proses pengeluaran Akaun 1 yang dicadangkan pada Belanjawan 2021.

Susulan pembentangan Belanjawan 2021 yang dilakukan pada Jumaat lalu (6 November) menyatakan pengeluaran Akaun 1 boleh dilakukan dengan jumlah RM500 untuk tempoh 12 bulan akan dibenarkan kepada pencarum bersasar.

Melalui insentif itu, dijangka lebih 600,000 ahli menerima manfaat pemberian ini.

Berdasarkan makluman pihak KWSP, proses penambahbaikan ini meliputi semakan secara terperinci data semasa. Tindakan itu bagi memastikan sesi pengeluaran dapat dilakukan dengan baik.

Bagaimanapun, segala kriteria pemohonan bersasar ini akan dilakukan setelah kelulusan Belanjawan 2021 mencapai persetujuan bersama.