Artikel

Majlis Perkahwinan Tidak Dibenarkan, Hanya Pernikahan Sahaja Diberi Kelonggaran – DS Ismail Sabri

Majlis perkahwinan tidak dibenarkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini, hanya acara pernikahan sahaja dibenarkan.

Kenyataan itu telah dimaklumkan oleh Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Kanan (Keselamatan) pada persidangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada petang tadi.

Tindakan itu bagi mengurangkan majlis yang menghimpunkan orang ramai. Bagaimanapun, perkara itu akan diiperincikan oleh Dato’ Seri Dr. Hj Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menteri Kanan (Hal Ehwal Agama) negara pada esok hari.

Perkara itu akan dijelaskan bagi memberi pemahaman kepada sektor ekonomi yang terlibat dengan pengurusan majlis perkahwinan.

Selain majlis perkahwinan, majlis sosial, sambutan hari jadi juga turut tidak dibenarkan.