Unjuran pertumbuhan eknomoni negara perlulah realisitik bukan sekadar imaginasi sahaja.
Kenyataan Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada sidang Dewan Rakyat ini beranggapan data unjuran tersebut dilihat tidak bertepatan dengan data yang dimaklumkan pada pasaran.
Berdasarkan World Economic Outlook, Oktober 2020 – negara-negara sedang membangun dijangka masih mengalami pertumbuhan kritikal dan dianggarkan pertumbuhan dapat dicapai hanya 5.7% sahaja.
Manakala IMF – Dana Kewangan Antarabangsa turut mengatakan pertumbuhan negara dapat dicapai pada 6.7% – angka ini dapat dicapai berdasarkan amaun kes positif COVID-19 sesebuah negara.
Melihat pada unjuran kerajaan yang menyasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 6.5%-7.5% ini, ia mula menimbulkan persoalan, sektor manakah yang mampu menyumbang kepada angka tersebut.
Tindakan itu dilihat bertentangan dengan fakta pasaran dunia berkenaan perdagangan negara.