Artikel

Perbahasan Belanjawan 2021 Akan Berterusan Sehingga 15 Disember Ini

Perbahasan berkenaan kewajaran Belanjawan 2021 akan berterusan sehingga 15 Disember ini.

Tindakan itu meliputi peruntukan 8 hari perbahasan ahli parlimen di peringkat dasar dan 11 hari lagi di peringkat jawatankuasa.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Takiyuddin Hassan, kerajaan mahupun pembangkang dapat membahaskan pembentangan tersebut sekiranya terdapat ketidakpuasan hati berhubung penetapan Belanjawan 2021.

Capaian kata sepakat bagi kelulusan Belanjawan 2021 akan diperolehi berdasarkan perbahasan ini.