Perdagangan sempadan bagi Malaysia dan Thailand bagi 9 bulan pertama kini memaparkan penurunan 17.23% kepada 175.10 bilion baht.
Data ini didorong hasil penutupan sempadan, mengugat aktiviti ekonomi kedua buah negara.
Menurut Keerati Rushchano, Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Luar Negeri – bukan sahaja Thailand tetapi penurunan tersebut turut meliputi negara jiran lain seperti Kemboja, Loas dan Myanmar.
Setakat ini, eksport negara telah merosot kepada 11.5% untuk catatan tahun ke tahun dan permintaan import juga turut merundum 22.04% dengan Thailand.