Artikel

Semua Sekolah Akan Ditutup Sehingga 17 Disember – SPM Dipinda Ke 22 Februari, STPM 8 Mac

Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan yang mana semua sekolah termasuk kolej vokassional seluruh negara akan ditutup bermula 9 November 2020 sehingga 17 Disember 2020.

Penutupan sekolah ini turut termasuk untuk sekolah di Perlis, Kelantan, Pahang dan juga Sarawak.

Selari dengannya, tarikh peperiksaan SPM/SVM/STAM dan STPMM turut dipinda. 
Peperiksaan SPM/SVM/STAM akan bermula pada 22 Februari 2021 kelak, seemntara STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021 kelak.

Sepanjang penutupan sekolah ini, semua sesi pengajaran dan pembelajaran akan diadakan secara pebelajaran dari rumah atau home based learning. Selari dengan pengumuman ini, Menteri Pendidikan turut mengumumkan yang mana pelajar di asrama, perlu dibawa pulang oleh ibu bapa masing-masing.