Kerajaan hari ini mengumummkan mereka akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di semua negeri di Semenanjung Malaysia, kecuali di tiga negeri, iaitu Pahang, Perlis dan Kelantan.
PKPB ini akan dilaksanakan selama empat minggu, iaitu bermula 9 November 2020 sehingga 6 Disember kelak.
Dibawah PKPB, beberapa SOP akan perlu diikuti, termasuk keluar rumah untuk membeli barang keperluan, terhad kepada dua orang dalam kenderaan, tiada perjalanan merentas daerah atau negeri, dan perlu membawa surat ketika keluar untuk tujuan bekerja.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB dilaksanakan di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan selama selama 4 minggu bermula 9 NOV-6 Disember 2020-Ismail Sabri
— MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (@MKNJPM) November 7, 2020