Artikel

Belanjawan 2021 : Kerajaan Peruntuk RM1 Bilion Untuk Membendung Gelombang Ketiga Covid-19

Perintah Kawalan Pergerakan disebabkan oleh penularan Covid-19 memberikan impak yang tinggi kepada orang ramai dan juga perniagaan di seluruh negara. Ia sedia diumumkan yang mana negara kerugian sekitar RM2 bilion setiap hari disebabkan oleh perkara ini.

Selari dengannya, untuk tahun hadapan, kerajaan akan peruntukkan sebanyak RM1 bilion untuk membendung gelombang ketiga Covid-19.

Peruntukkan ini akan dibahagikan kepada beberapa perkara, termasuk antaranya adalah RM475 juta untuk pembelian bekalan reagen,kit saringan dan bahan guna khusus untuk KKM.

RM318 juta pulaakan digunakan bagi penyediaan peralatan PPE dan pensanitasi tangan untuk petugas barisan hadapan KKM.

RM150 juga pula akan diperuntuk kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara bagi menyelaras usaha memerangi Covid-19.

RM50 juga lagi pula akan diperuntuk untuk perolehan peralatan, bekalan ujian makmal, dan ubat-ubatan.

Pada masa yang sama, peruntukkan ini turut akan digunakan untuk menambah peralatan pengoperasian fasiliti pergigian, perkhidmatan klinik secara maya, serta penyediaan fasiliti zon saringan dan termometer di kemudahan kesihatan bagi memenuhi SOP norma baharu.