Artikel

Belanjawan 2021: Sekitar RM360 Juta Diperuntukan Pada Pembangunan Barangan Buatan Malaysia

Bagi meningkatkan pembangunan barangan buatan tempatan, sekitar RM360 juta akan diperuntukan.

Dana ini merangkumi program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Miliki serta Program Beli Barangan Buatan Malaysia sejumlah RM25 juta

Manakala RM150 juta pada program latihan dan bantuan penjualan peralatan digital kepada lebih 100,00 usahawan tempatan untuk beralih kepafa perkhidmatan digital platfirm e-dagang PKS mikro.

Seterusnya RM150 juta akan disalurkan kepada Shop Malaysia Online bagi menggalakkan perbelanjaan secara dalam talian.

Sejumlah RM35 juta pula akan diperuntukan pada Misi Perdagangan dan Pelaburan – untuk mempromosikan barangan tersebut kepada pasaran global.