MDEC hari ini mengatakan, berdasarkan kepada statistik semasa Jabatan Perangkaan Malaysia, ekonomi digital dijangka menyumbang sekitar 20% daripada ekonomi pada 2020 ini.
Pada masa yang sama, sektor edagang dijangka akan melangkaui angka pendapatan RM110 bilion pada tahun 2020 ini – yang mana sekitar 40% daripada pendapatan ekonomi digital negara.
Selari dengan perkongsian data ini, MDEC turut mengumumkan mereka akan mengadakan acara “Malaysia Tech Month” pada bulan November ini dalam mengetengahkan pelbagai inovasi dan penawaran menarik dari Malaysia.