Meskipun angka defisit kerajaan negeri Kelantan mencatatkan sekitar RM66 juta, namun usul kenaikan gaji exco dan ADUN kekal dilakukan.
Kenaikan gaji itu bakal dilakukan diantara RM3,000 hingga RM5,000.
Kenyataan itu diperolehi berdasarkan pembentangan Belanjawan Kelantan 2021 yang dilakukan pada sidang Dewan Undangan Negeri semalam.
Tindakan kenaikan itu dilakukan bagi merapatkan jurang antara wakil negeri Kelantan dengan negeri lain.
Cadangan kenaikan itu telah diselaraskan mengikut penggubal undang-undang dengan meminda Enakmen (Imbuhan) Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri 1980, yang memungkinkan kenaikan gaji diluluskan.
Bagaimanapun, kenaikan tersebut bukan sekadar tertumpu kepada ahli pentadbiran sahaja, ia difahamkan turut menjaga kebajikan para pengundi dan rakyat negeri Kelantan.
Namun, hasil Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dilihat lebih rendah dengan RM25.4 bilion berbanding negeri lain, sebagai contoh Terengganu yang mencatatkan RM36 bilion.