Artikel

Western Digital Akan Melabur RM2.3 Bilion Di Malaysia – Akan Menaik-Taraf Kapasiti Output

Western Digital, salah satu syarikat yang terkenal dengan penghasilan cakera keras dan ruangan storan untuk komputer, kini dikatakan bakal melabur sebanyak RMM2.3 bilion di Malaysia.

Melalui pelaburan berkenaan, Western Digital akan menaik-taraf fasiliti dan sekaligus meningkatkan lagi kapasiti output di Malaysia. Pelaburan ini akan ditujukan kepada Western Digital Media Penang dan juga Western Digital Sarawak.

Western Digital sebelum ini telah mengeksport produk bernilai RM18 bilion pada 2019 yang lepas. Dengan pelaburan baru ini juga, Western Digital dijangka mencipta lebih 2000 peluang pekerjaan baru untuk rakyat tempatan.