Artikel

Selain COVID-19, Peruntukan Dana Perlu Difokuskan Pada Isu Kesihatan Mental

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu, kes kesihatan mental negara secara berterusan meningkat.

Perkara ini perlu dipandang serius oleh kerajaan, khususnya pada pembentangan Belanjawan 2021 pada petang ini.

Menurut laporan, Pakar Perunding Psikiatri Perubatan Universiti Malaya – Profesor Madya Dr. Amer Siddiq, isu kesihatan mental ini akan berlarutan dalam tempoh yang lebih lama. Peningkatan peruntukan dana pada isu ini dalam Belanajwan 2021 perlu diutamakan.

Kenyataan itu membawa kepada kesan ekonomi yang dialami oleh rakyat negara. Selain peruntukan pada pembangunan kesihatan mental, badan bukan kerajaan (NGO) seperti sistem talian NUR perlu ditambahbaik bagi membantu mereka yang terkesan.

Untuk makluman, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bermula Mac sehingga Ogos 2020 – sekitar 11,791 panggilan telah diterima berhubung masalah kesihatan mental.

Angka itu secara tidak langsung memaparkan kadar kemerosotan kesihatan mental negara terus meningkat. Perkara ini berkemungkinan boleh mendorong kepada kemudaratan diri individu tersebut.