Tunggakan pinjaman yang tidak dibayar semula oleh sesetengah premis kini dicatatkan sekitar RM4.064 bilion.
Berdasarkan laporan Audit Negara 2019 dan Jabatan Akauntan Negara, terdapat 19 pinjaman yang melibatkan 12 syarikat tidak pernah membayar semula pinjaman tersebut.
Untuk makluman, tempoh sepatutnya syarikat yang terlibat perlu membayar adalah antara tahun 2007 hingga 31 Disember 2019.
Baki pinjaman ini merangkumi kadar faedah, pokok, faedah dipermodalkan, tunggakan faedah dan faedah lewat.
Ini adalah 12 syarikat yang masih tidak membuat bayaran balik pinjaman tersebut:
Malah, menerusi pengamatan tinjauan – faktor yang menjadi penangguhan bayaran pinjaman itu adalah syarikat dalam proses penggulungan, likuidasi, dalam tindakan mahkamah, jalani proses penstrukturan semula pinjaman dan hapus kira.