Artikel

Ketiadaan Pekerja Asing, Tidak Akan Menjejaskan Sektor Pengeluaran Negara – DS Ismail Sabri

Pada sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, Dato’ Seri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) telah mengatakan setakat ini tiada kebenaran kemasukan pekerja asing dibenarkan.

Mengulas lanjut berkenaan soalan ketiadaan pekerja asing mampu mengugat bahagian pengeluaran negara. DS Ismail Sabri mengatakan sehingga kini sektor pengeluaran seperti pertanian dan makanan lain masih lagi terkawal dan mencukupi.

Kemasukan pekerja asing hanya meliputi pekerja pengurusan tertinggi syarikat pelaburan luar negara dan pekerja pakar sektor tertentu sahaja.

Namun bagi pekerja asing bidang lain, setakat hari ini tiada kebenaran diberikan kepada mana-mana pihak, khususnya pada sektor peladangan dan pembinaan.

Negara hanya mengekalkan pekerja asing yang sedia ada sahaja. Ini bagi menjamin peluang pekerjaan masih tertumpu kepada rakyat tempatan.