Artikel

Nisbah Hutang Negara Meningkat Kepada RM792 Bilion – Laporan

Nisbah hutang negara tahun lalu telah meningkat kepada RM792 bilion.

Angka ini secara tidak langsung menunjukkan angka lebih tinggi berbanding tahun 2018, yang mencatatkan RM741 bilion.

Berdasarkan Laporan Audit Negara 2019 yang telah dibentangkan pada hari ini (5 November), antara faktor pendorong peningkatan kadar hutang itu adalah berhubung peruntukan perbelanjaan mengurus pada kadar 12.5%.

Ini bermakna nisbah hutang pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah mencapai sehingga 52.5%.

Bagaimanapun, hasil perolehan kerjaan persekutuan 2019 telah menunjukkan peningkatan dengan jumlah RM264.415 bilion berbanding tahun 2018 dengan RM232.883 bilion.

Peningkatan itu didorong faktor peningkatan hasil, terimaan dividen pada petroleum Petronas yang berjumlah RM54 bilion (2019) berbanding RM26 bilion pada 2018.

Melihat pada peningkatan hutang tahun lalu, untuk makluman pada Ogos lalu – Kementerian Kewangan menganggarkan kedudukan hutang negara dan liabiliti kerajaan p berjumlah RM1.264 trilion untuk akhir tahun 2020.

Semakan anggaran itu akan diperjelaskan pada pembentangan Belanjawan 2021 esok (6 November).