Artikel

Affin Bank Akan Menamatkan AffinPay Pada 1 Disember 2020

Affin Bank pada tahun 2019 yang lepas, telah memperkenalkan sebuah aplikasi untuk memudahkan pembayaran nirtunai, dinamakan sebagai AffinPay.

Melaluinya, ia memfokuskan kepada peranti Android dengan sokongan NFC, dan membolehkan pengguna menambah kad pada aplikasi tersebut, seterusnya membayar melalui telefon pintar pada kedai-kedai yang mempunyai terminal Visa Paywave.

Apa pun, kini pihak Affin mengumumkan mereka akan menamatkan perkhidmatan AffinPay ini berkuat-kuasa 1 Disember 2020 kelak.

Sebab utama penamatannya tidak diumumkan – sama ada disebabkan oleh penggunaan yang rendah, atau mungkin juga Affin sedia mempunyai penawaran baharu yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

AffinPay Tamat