Artikel

Pengecualian RPGT, Duti Setem Perlu Dilakukan – Demi Merangsang Semula Pertumbuhan Negara

Cukai keuntungan harta tanah (RPGT) dan duti setem perlu dikecualikan.

Rangka itu meliputi 15% daripada keuntungan yang dikenakan setelah menolak RM10 juta pertama pada pasaran hartanah. Bukan itu sahaja pengurangan cukai sehingga 3% pada urusan hartanah juga turut dicadangkan kepada pemain industri. Usaha itu untuk menyeimbangkan semula struktur pasaran.

Bagaimanapun usul tersebut hanya tertakluk kepada warganegara, penduduk tetap dan syarikat sahaja.

Menurut Persatuan Penilai, Pengurus Harta, Ejen Harta Tanah dan Perunding Harta Swasta Malaysia (PEPS) cadangan itu perlu dikuat kuasakan bagi merangsang semula pertumbuhan pasaran negara.

Segala tindakan ini perlulah dilakukan seiring dengan tingkahlaku serta prestasi pasaran yang diperhatikan pada permintaan pengguna.