Artikel

Microsoft Membuat Pelaburan Pada Bukalapak – Laman Edagang Indonesia

Microsoft hari ini mengumumkan mereka akan menyertai pelaburan di salah satu laman jual-beli di Indonesia, iaitu Bukalapak.

Pelaburan baru ini disertai oleh Microsoft dan beberapa pihak lain, mmenyuntik dana sekitar $100 juta pada syarikat Bukalapak yang mencapai nilai $3 bilion.

Bukalapak merupakan salah satu laman jual-beli popular, mempunyai lebih 100 juta pelanggan, selain 12 juta peniaga dibawah platform mereka. Dengan pelaburan ini juga, Bukalapak akan menggunakan khidmat awan Microsoft Azure untuk platform mereka.

Selain Microsoft, beberapa gergasi internet turut melihat kepada rantau Indonesia bagi terus mengukuhkan pelaburan. Sebelum ini, Google telah menyuntik dana pada Tokopedia, sementara Facebook pula telah melabur pada Gojek.