Kira-kira 2.2 juta individu yang mencarum pada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dikatakan memiliki pengurangan wang pada Akaun 2.
Seperti yang umum ketahui, pada 1 April lalu KWSP telah membuka permohonan pengeluaran i-Lestari pada Akaun 2 pencarum.
Menerusi program itu, dianggarkan berjumlah RM40 bilion rakyat Malaysia boleh mengeluarkan RM500 sebulan selama 12 bulan daripada akaun tersebut.
Kenyataan ini secara langsung mampu memudaratkan pengurusan kewangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Tambahan pula, kini ada yang mencadang untuk pengeluaran wang pada Akaun 1 pula.
Menurut Datuk Abdul Halim Mansor, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia (MTUC) – meskipun pihaknya tidak bersetuju akan usul tersebut di mana ia bertentangan dengan Akta KWSP 1991, namun kebenaran harus diutamakan kepada golongan yang benar-benar terdesak, khususnya mereka yang diberhentikan pekerjaan dan terpaksa mengalami pemotongan gaji.
Untuk makluman, Akaun 1 adalah khusus kepada wang pesaraan dan para pencarum hanya dibenar mengeluarkan sehingga 70% hanya ketika usia mencapai 55 tahun. Manakala pengeluaran 30% pula pada Akaun 2.
MTUC tetap beranggapan kaedah ini seharusnya dijadikan pilihan terakhir rakyat negara. Pelbagai dasar boleh diketengahkan dan dilanjutkan, antaranya penambahan moratorium pembayaran pinjaman kepada rakyat mampu membantu banyak pihak untuk mengatasi masalah kewangan mereka.
Namun tidak bermakna usul tersebut perlu diketepikan sekiranya pandemik negara semakin meruncing.