Artikel

Majikan Boleh Kenakan Tindakan Tatatertib Ke Atas Pekerja Yang Menyalahguna Surat Pelepasan

Pekerja boleh dikenakan tindakan tatatertib, sekiranya menggunakan surat pelepasan sewenangnya.

Penyalahgunaan surat pelepasan ini merangkumi perjalanan bersosial atau tidak melibatkan sebarang urusan pekerjaan.

Kenyataan itu telah dimaklumkan pada sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, oleh Dato’ Seri Ismail Sabri pihak MKN mengatakan tindakan susulan boleh dikenakan oleh para majikan.

Majikan diberi kuasa untuk menentukan tindakan selanjutnya kepada pekerja mereka.

Pada masa yang sama, DS Ismail turut mengatakan MKN kini sedang melakukan semakan garis panduan SOP baharu kepada seluruh rakyat negara. Bagaimanapun semakan masih dilakukan sebelum ianya akan dibentangkan semula pada sidang khas MKN tidak lama lagi.

Semakan SOP baharu ini bagi memastikan tiada lagi kekeliruan yang dihadapi oleh rakyat negara berhubung operasi kawalan. Malah penetapan SOP baru ini turut tampil dengan inisiatif memutuskan rantaian COVID-19 dengan lebih baik bagi rakyat Malaysia.