Artikel

Selangor, Johor – Antara Negeri Yang Lepasi Purata Gaji Paras Nasional

Di Malaysia, hanya dua negeri dan tiga wilayah persekutuan sahaja yang melepasi garis upah, gaji purata paras nasional.

Berdasarkan Laporan Survei Gaji dan Upah 2019 yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) data itu merangkumi – Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan pendapatan purata tertinggi iaitu RM4,695 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM4,359), Selangor (RM3,892), Wilayah Persekutuan Labuan (RM3,323) dan negeri Johor (RM3,266).

Angka ini melepasi paras nasional yang menetapkan purata gaji pada RM3,224.

Sementara itu, terdapat dua negeri dilihat bakal menyusul iaitu Negeri Sembilan dengan purata upah sebanyak (RM3,218) dan Pulau Pinang (RM3,022).

Faktor pelepasan purata gaji dan upah ini didorong berdasarkan kegiatan ekonomi setempat di wilayah dan sesebuah negeri. Malah faktor luar bandar serta garis kemiskinan juga turut memainkan peranan.