Artikel

Google, Lazada Bekerjasama Bantu Peniaga Kecil Memahami Keperluan Pasaran Digital

Google dan Lazada kini mulai menawarkan kursus latihan perniagaan secara dalam talian kepada peniaga.

Menerusi penawaran tersebut, ia secara terus dapat melengkapkan pemahaman para peniaga atas talian dengan kemahiran digital dan aliran permintaan pengguna pasaran.

Seperti yang umum ketahui, platform e-dagang telah mula menjadi tumpuan dunia dilkala pandemik memberi kesan kepada permintaan jualan pasaran.

Platform itu dilihat sebagai suatu medium yang baik untuk membantu memulihkan pertumbuhan ekonomi global. Oleh itu, sasaran penawaran kursus ini adalah untuk memperkasakan perniagaan kecil dengan kemahiran untuk berkembang dalam persekitaran dalam talian.

Kerjasama antara Universiti Lazada dan Google Primer secara langsung dapat menyokong peniaga Asia untuk lebih memahami keperluan pasaran dalam masa yang singkat. Bagi pengguna dan peniaga yang berminat, anda boleh layari kursus ini pada pautan Grow with Google.