Pada sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, Dato’ Seri Ismail Sabri Menteri Kanan (Keselamatan) mengatakan sukar untuk kerajaan menyekat perjalanan merentas daerah atau negeri pada proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) kelak.
Seperti yang umum ketahui kawasan Batu Sapi adalah antara lokaliti yang memiliki angka kes positif COVID-19 yang tinggi – bagaimanapun DS Ismail berkata, hak mengundi adalah hak rakyat.
Kenyataan itu termaktub pada Perlembagaan Persekutuan. Sekiranya kerajaan menyekat tindakan itu ia akan membawa kepada kesalahan, menafikan hak mengundi rakyat.
Meskipun, keadaan itu tidak dapat disekat – DS Ismail Sabri turut menegaskan perjalanan rakyat untuk mengundi perlu dipermudahkan dengan menambakbaik garis panduan kesihatan ketika proses pengundian tersebut dijalankan.
Itu adalah perkara yang akan diteliti pihak berkuasa. Setakat ini, tiada sekatan akan dikuatkuasakan berhubung perjalanan mengundi di kawasan tersebut.