Alliance Bank dan Zurich Malaysia kini telah memperkenalkan sebuah insurans siber khas yang bertujuan untuk melindungi pengguna disebabkan oleh jenayah siber. Penawaran insurans yang hadir kali pertama untuk pasaran Malaysia ini dinamakan sebagai Z-Alliance Cyber Protect.
Pengenalan insurans ini selari dengan angka jenayah siber yang meningkat akhir-akhir ini, dan ini akan memberikan lebih kelegaan kepada pengguna ketika melakukan transaksi secara atas-talian.
Menurut Zurich, antara Mac ke Jun tahun ini sahaja, peningkatan laporan berkaitan jenayah siber meningkat 90% berbanding tahun lepas, dan kerugian disebabkan olehnya dianggarkan sekitar RM247 juta.
Melalui insurans ini, ia menawarkan perlindungan untuk kerugian kewangan yang disebabkan oleh kecurian identiti, ugutan dan juga penipuan. Ia juga menawarkan kos baik-pulih seperti komputer riba, serta disebabkan oleh transaksi untuk barangan yang tidak dipenuhi.
Z-Alliance Cyber ini ditawarkan secara atas-talian bermula 1 November, pada harga RM116 setahun.