Artikel

Warga China, Jepun Antara Yang Tertinggi Memohon Program Malaysia Rumah Keduaku

Ternyata China dan Jepun antara negara yang memaparkan minat tertinggi pada permohonan penetapan jangka masa lama di Malaysia, dibawah program Malaysia Rumah Keduaku (MMH2).

Seperti yang umum ketahui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah membekukan program MM2H buat sementara waktu pada Ogos lalu susulan ingin mengkaji semula pelaksanaan program tersebut.

Penyelarasan itu dilakukan merangkumi penelitian pada permohonan Citizenship by Investment (CBI) atau Residence by Investment (RBI) dan pihaknya tidak akan memproseskan sebarang permohonan baharu.

Menurut Dato’ Seri Nancy Shukri, Menteri Motac pada sidang mesyuarat Dewan Rakyat hari ini – para pemohon yang terkesan dan telah melakukan pembayaran deposit MM2H boleh memohon pengembalian wang deposit yang telah dibayar pada ejen yang terlibat.

Wang deposit tersebut masih boleh diperolehi meskipun program tersebut sedang dibekukan.

Malah, selain itu – berdasarkan data Motac, antara warga luar negara yang menunjukkan minat pada permohonan MM2H ini adalah dari China, Jepun, Bangladesh, Korea Selatan dan 6 lagi negara lain.

Untuk makluman, MM2H telah mula dilaksanakan oleh negara sejak 2002 lagi – dan ia adalah sebuah platform yang membenarkan warga luar negara menetap di Malaysia pasa suatu jangka masa yang lama.