Data pendapatan penengah negara kini memaparkan etnik Cina mendahului carta dengan agihan pendapatan sebanyak RM7,391, berbanding Bumiputera (RM5,420) dan India (RM5,981).
Untuk makluman jumlah populasi Malaysia pada ketika ini mencatatkan 32.7 juta individu dengan Bumiputera seramai 22.7 juta(69.9%), Cina 7.4 juta (22.8%), India sekitar 207,951 (6.8%) dan lain-lain etnik seramai 30,581 (1.0%).
Berdasarkan Survei Pendapatan Isi Rumah Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM) – jurang perbezaan ini didorong oleh had kepelbagaian kegiatan ekonomi sesetengah kaum.
Data ini diperkukuhkan menerusi tinjauan Khazanah Research Institute (KRI) yang memperlihatkan peningkatan perolehan pendapatan 1.25% etnik Cina, manakala India pula 1.04% dan Bumiputera 0.90%.
Rata-rata etnik bukan Bumiputera memilih untuk terlibat pada sektor hartanah, penyelidikan dan kewangan.
Berbeza pula dengan Bumiputera yang lebih memilih bidang petroleum, pengangkutan, pendidikan dan perkhidmatan kerajaan.
Perbezaan kegiatan ekonomi ini secara tidak langsung meningkatkan lagi jurang agihan pendapatan antara etnik. Pada tahun 2019 jurang pendapatan Bumiputera dengan etnik Cina adalah sebanyak RM2,802.
Sementara itu, etnik India dengan Cina pula sebanyak RM1,679.
Perluasan kegiatan ekonomi dan penglibatan etnik Bumiputera serta India perlu dipertingkatkan lagi bagi merapatkan semula jurang tersebut.