Affin Bank kini telah memperkenalkan logo dan penjenamaan identiti yang serba baru, yang tampak lebih moden berbanding sebelum ini.
Kali terakhir Affin Bank mengemaskini logo mereka adalah pada tahun 2005 yang lepas. Logo baru ini masih mengekalkan identiti bunga raya yang sedia digunakan sejak 45 tahun yang lepas.
Bersama-sama kemaskini logo ini, Affin Bank turut memperkenalkan slogan baru, iaitu “Sentiasa Untuk Anda”. Selari dengan penjenaaan baru ini, Affin Bank dilihat menyasarkan untuk menjadi institusi kewangan era moden masa kini, dan akan mengintegrasikan sejumlah teknologi baru dalam arena perbankan mereka.