Artikel

Nestle Mengambil-Alih Freshly – Syarikat Penghantaran Makanan Sihat

Nestle kini telah mengambil-alih salah satu syarikat yang berpusat di Amerika Syarikat, iaitu Freshly.

Freshly, telah ditubuhkan pada 2015 yang lepas, ia memfokuskan kepada penawaran makanan sihat yang dihantar ke rumah anda dalam bentuk mingguan. Kit makanan ini boleh disediakan oleh pengguna dengan hanya memasukkan ia dalam ketuhar – sekaligus memastikan anda dapat menikmati makanan yang sihat dan segar.

Dengan lebih ramai yang kini duduk dirumah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, ia sekaligus membuatkan lebih ramai menyukai perkhidmatan seperti ini akhir-akhir ini.

Freshly

Freshly dikatakan menghantar lebih 1 juta makanan setiap minggu. Nestle membeli Freshly ini pada nilai mencapai $1.5 bilion. Dengan pengambil-alihan ini, Freshly dijangka akan terus menambah lagi penawaran mereka. Namun, ia masih belum diumumkan lagi sama ada Nestle akan membawa perkhidmatan lebih kurang sama pada peringkat global atau sebaliknya.