Berdasarkan tinjauan yang dilakukan Institut Darul Ehsan ke atas 1,100 responden – ternyata terdapat penduduk negeri Selangor terkesan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Apa yang menarik pada tinjauan ini – sekitar 56% rakyat Selangor merasakan terbeban dengan pembelian pelitup muka dan hand sanitizer.
Bebanan itu adalah merangkumi faktor kesukaran dan kesusahan rakyat dalam situasi ekonomi semasa.
Selain itu, pada tinjauan sama seramai 36% penduduk Selangor telah terjejas disebabkan pendapatan mereka terjejas, manakala 72% pula merasa terkesan disebabkan pendapatan terjejas, 22% peniaga telah terjejas setelah PKP dilaksanakan dan 8% pula terpaksa berhenti berniaga.
Sementara itu 14% peniaga terpaksa memikirkan kaedah dalam berniaga, 22% pula terpaksa menjalankan pekerjaan sampingan dan 65% dari 22% itu masih tidak memperolehi pendapatan sampingan yang mencukupi.
Majoriti yang terbeban itu adalah dari golongan muda yang berusia diantara 20 tahun hingga 34 tahun.
Pelaporan tinjauan ini telah dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2021 dilakukan sebentar tadi.