Artikel

PKPB: Penjaja Perlu Dapatkan Surat Pelepasan Dari Pihak Berkuasa – DS Ismail Sabri

Pada sidang media Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebentar tadi, Dato’ Seri Ismail Sabri, Menteri Pertahanan (Keselamatan) mengingatkan para peniaga dan penjaja untuk mendapatkan surat kebenaran dari pejabat polis yang berhampiran.

Kenyataan itu menjawab persoalan kepada bagaimana para peniaga dan penjaja yang tidak memiliki majikan ini dapat meneruskan operasi perniagaan mereka.

Memahami kesulitan itu – DS Ismail menasihati pihak yang terlibat untuk memohon surat kebenaran supaya tidak dikenakan sebarang kompaun.

DS Ismail turut mengingatkan bahawa surat pelepasan ini penting untuk memudahkan perjalanan individu terbabit dan ia bukan sekadar memudahkan segala urusan namun turut mengelakkan daripada berlakunya salah faham antara pihak berkuasa.