Pada persidangan pembentangan Belanjawan Selangor 2021 pada petang ini, kerajaan negeri telah mengumumkan program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU) akan diberikan kepada pelajar UNISEL dan KUIS pada sesi 2021.
Untuk makluman jumlah peruntukan bagi program bantuan BAYU ini dianggarkan sekitar RM4 juta.
Tujuan pelepasan yuran asas ini adalah seiring dengan kesukaran kesan krisis COVID-19 yang sedang dihadapi oleh rakyat negeri, khusunya ibu bapa dan para pelajar.
Selain pelepasan itu, kerajaan turut bersetuju untuk menyediakan peruntukan secara pinjaman kepada kedua-dua institut pengajian sebanyak RM35 juta bagi memastikan fungsi pendidikan dapat diteruskan.