Operasi pawagam di Malaysia kini dihentikan seketika.
Tindakan ini telah dipersetujui oleh kesemua pengusaha pawagam, Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE). Penutupan sementara operasi itu akan dilakukan bermula November ini.
Keputusan itu diambil berikutan situasi pandemik semasa yang mengekang sektor tersebut dari meningkatkan pendapatan mereka.
Untuk makluman industri pawagam negara mengalami kerugian pendapatan sehingga 90% – data ini secara tidak langsung memberi cabaran yang tinggi kepada pemain indsutri untuk terus beroperasi.
Meskipun ekonomi negara sedang mengalami pemulihan – namun tekanan Perintah Kawalan Pergerakan secara langung kekal memberi impak kepada permintaan pengguna.
MAFE turut beranggapan usaha ini sebagai langkah yang baik bagi jangka masa panjang industri pawagam negara.