Sekiranya pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan, rakyat bakal berdepan dengan pelbagai masalah pada masa hadapan.
Menurut Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-24 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Pasir – tindakan itu akan mendatang masalah yang lebih besar kepada rakyat. Beliau akui ramai pihak yang meminta pengeluaran akaun 1 dilakukan.
Namun, sukar untuk kerajaan penuhi permintaan itu disebabkan meneliti kewangan masa hadapan rakyat kelak.
Setakat ini, kerajaan sedang berupaya meningkatkan lagi insiatif bantuan untuk tidak menyentuh pengeluaran akaun tersebut.