Artikel

Krisis COVID-19 Dorong Penutupan Operasi Robinsons Di Malaysia

Robinsons kini bakal menutup dua operasinya di The Garden Mall dan Shopper, Four Season Place.

Tindakan itu diambil berikutan kesan pandemik COVID-19, yang memberi cabaran besar kepada mereka untuk kekal stabil pada pasaran industri.

Malah perubahan permintaan pengguna juga secara tidak langsung memberi kesan yang mendalam kepada jualan mereka.

Laporan menunjukkan penurunan penjualan runcit, mencatat kadar pertumbuhan negatif 8.5% di Malaysia untuk suku pertama tahun 2020 berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Untuk makluman, semua kakitangan Robinsons telah dimaklumkan berhubung penutupan operasi tersebut. Jaminan pembayaran turut diberikan mengikut garis undang-undang yang telah ditetapkan.

Selain Malaysia, operasi Robinsons di Singapura turut terjejas dan bakal melaksanakan penutupan operasi.