Touch ’n Go eWallet merupakan salah satu dompet digital yang popular di Malaysia untuk transaksi nirtunai. Telah dilancarkan pada tahun 2018 yang lepas, kini ia mempunyai lebih 15 juta pengguna, dan lebih 250,000 peruncit yang menerima kaedah bayaran nirtunai berkenaan.
Terbaru, hari ini Touch ’n Go eWallet mengumumkan kerjasama dengan McDonalds Malaysia, sekaligus membolehkan dompet digital berkenaan diterima dilebih 300 cawangan restoran McDonalds seluruh negara.
Penerimaan ini bukan terhad untuk pembelian di kaunter atau kiosk sahaja, tetapi turut meliputi untuk pembelian secara pandu lalu, dan juga untuk McDelivery.
Dengan kaedah ini, pengguna boleh melakukan pembelian nirtunai dengan lebih mudah, dan menguruskan perbelanjaan enggunakan dompet digital Touch ’n Go eWallet.
Bersempena dengan pengumuman ini juga, Touch n Go eWallet menawarkan pulangan tunai sebanyak Rm5 untuk setiap pembelian minima RM25 melalui dompet digital mereka di McDonalds. Promosi ini ditawarkan di semua restoran McDonalds seluruh negara bermula 2 November 2020 sehingga 31 Disember 2020 – terhad kepada satu pulangan tunai untuk setiap pengguna.